Thursday, July 21, 2011

Kelas Masakan

Bila saya pindah sini, Macik kat rumah sebelah beritahu saya Kemas ada kelas masakan dan Macik selalu pergi.  Saya berminat, tetapi malu pergi seorang.  Minggu ini kawan lain menyebut dia pergi kelas itu dan ajak saya ikut.  Jadi, akhirnya, saya pergi kelas itu semalam.  Seronok!  Tidak formal.  Elok. 

Memang kemahiran dengar saya diuji sebab 10 perempuan cakap cepat pada masa yang sama!  Saya tak boleh faham semua, tetapi saya cuba faham seberapa banyak yang mungkin.  Rasa bagus bila saya faham sesuatu dan boleh ketawa.  Bila saya cakap BM, saya rasa macam seorang lain- tak saya sendiri.  Tetapi, saya harap bila saya lagi fasih, personaliti saya akan rasa sama dalam BM dan BI!  Saya memang bersyukur ada ramai kawan baik di sini yang sangat baik budi.

----

Oh, dan roti bawang putih yang tersebut tadi... yeah, tak cantik.  tak sedap. :( Resipi tak bagus.  Mesti lah cuba lagi!

Tuesday, July 19, 2011

Gluten-Free Roti Bawang Putih


Dah hampir dua tahun saya tak makan tepung gandum.  Ohhh, hidup lagi best lah bila boleh makan tepung gandum.  Betul tak?  Makan, senang lah.  Mana mana boleh makan.  Apa apa boleh makan.  Ikut hati!  Jujurnya, makanan lebih sedap.  Kebanyakan makanan dalam dunia ini berisi tepung gandum.  Untuk berberapa bulan, saya cuba resipi2 baru sebab saya nak makan roti, pancakes, kek, mee, etc. Mungkin orang kat Malaysia tak tahu cara “gluten-free cooking”.  Itu pun cara masak baru untuk saya.  Cara ini susah sedikit dan banyak masa diperlu.

Hari ni saya cuba buat roti bawang putih.  Saya sedang tungu untuk roti naik.  Jadi… tengoklah macam mana.  Saya harap roti ni sedap!  Rasa macam saya bazir masa bila saya masak banyak jam dan lepas tu, makanan tak sedap.

Cross my fingers!

Kalau sedap, saya post gambar, k? :)

Monday, May 16, 2011

Kek Kopi

Kek ini takde kopi, tetapi orang Amerika bagi nama ini sebab selalu makan ini semasa minum kopi :)

Kek Kopi



Bahan-Bahan

Topping

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (yang lembut)
1 camca teh serbuk kayu manis
1/2 cawan kacang pikan dipotong (tidak wajibkan)


Adunan

1 cawan mentega (yang lembut)
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula castor
2 biji telur
1 ½ camca teh vanila
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
¼ camca teh garam
1/3 cawan “half-and-half” (atau susu dengan 1 camca besar mentega dididih)


Cara-Cara

Panaskan ketuhar ke 261 Celsius.

Buat topping.  Dalam mangkuk sedang, masukkan 1 cawan tepung gandum, 1 cawan gula perang, ½ cawan mentega lembut, dan 1 camca teh serbuk kayu manis.  Kacau rata.  Masukkan ½ cawan kacang pikan yang dipotong.

Buat adunan.  Dalam mangkuk besar, masukkan 1 cawan mentega, ¾ cawan gula perang, dan ½ cawan gula castor kacau dengan mesin pengadun (sampai ringan dan tidak berbintil-bintil).  Tambahkan telur dan vanila dan kacau rata.

Dalam mangkuk lain, masukkan tepung, baking powder, dan garam.  Kemudian, masukkan bahan kering ini ke dalam mangkuk besar tadi sedikit demi sedikit.  Masukkan “half-and-half” dan kacaukan sehingga sebati.

Lapikkan kertas minyak dalam loyang 9x13 inci.

Tuangkan adunan dalam loyang.
Taburkan topping di atas adunan.  Pastikan topping menutupi adunan sepenuhnya.

Bakarkan kek selama 50 minit, atau sehingga semua tepi berwarna coklat muda.  Sejukkan dan potongkan.



Tuesday, April 12, 2011

Kek Labu Manis


Kek Labu Manis


   *  3/4 cawan minyak
   *  1 cawan gula castor
   *  2 biji telur
   *  1 1/2 cawan tepung gandum
   *  1 camca teh soda bikarbonate
   *  1 camca teh baking powder
   *  1 1/2 camca teh serbuk kayu manis
   *  1/2 camca teh garam
   *  1 cawan puri labu

1. Gaulkan minyak, gula, dan telur.
2. Masukkan tepung, baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, dan garam.  Kacaukan semua.
3. Tambahkan puri labu.  Gaulkan semua sehingga halus dan tidak berbintal-bintal.
4. Bakarkan 190 Celcius:  25-30 minit 8x8,   40-60 minit untuk 8x4



Monday, April 11, 2011

Turun Bukit Fraser

Kawan best Matt datang ke Malaysia sebab ada mesyuarat dengan pelanggannya.  Jadi Matt dan dia boleh lepak untuk hujung minggu.  Saya takde gambar jetski dan parasailing, tapi saya ada gambar2 bila mereka turun Bukit Fraser.


Lukisan2 Hari Jadi

Saya melukis gambar ini untuk kad hari jadi bapa saya bulan lepas.  
Bapa kata gambar ini ingatkan dia tentang apa kami buat sekali bila saya kecil.


Saya baru habis melukis gambar ini untuk kad hari jadi ibu mertua saya.
Saya gila-gila tentang pokok-pokok!  Dan baru-baru ini saya berminat cuba melukis pelbagai jenis burung.

Kek Coklat - Tanpa Susu dan Telur


Kek Coklat - Tanpa Susu dan Telur



   * 1.5 cawan tepung gandum
   * 1 cawan gula castor
   * 1/3 cawan serbuk coklat (Van Houten atau Hershey paling sedap)
   * 1/3 cawan minyak
   * 1 cawan air (suhu biasa, tak panas)
   * 1 camca teh soda bikarbonate
   * 1/8 camca teh garam
   * 1 camca besar esen vanili

1. Gaulkan semua bahan.  Pukul hingga kembang.
2. Sapukan loyang dengan sedikit mentega.  Masukkan adunan dan bakar.
3. Bakarkan 175 C . Loyang 8x8 25-30 minit. Loyang 8x4 35-40 minit.

Kek ini sangat lembap... tak boleh makan hanya sepotong kek ini!


Monday, April 04, 2011

Fudge Brownies

Setiap minggu, Matt ada bengkel pendidikan untuk cikgu-cikgunya.  Dan setiap minggu, saya selalu buat pencuci mulut beza.  Minggu ni buat "brownies" dengan marshmallow dan Oreo.  Saya dah cuba banyak resipi dari internet untuk "fudge brownies" tapi belum jumpa seresipi yang rasa sama macam brownie saya suka beli dari kotak (senang dan paling sedap!).  Akhiranya, brownie ini ada tekstur yang sama!  Saya potong brownie macam pai. 

Melayani: 12
Bahan-Bahan

     * 3 / 4 cawan serbuk coklat tanpa pemanis
     * 1 / 2 sudu kecil soda bikarbonate
     * 1 / 3 cawan minyak      

     * 1 / 2 cawan air sangat panas
     * 2 cawan gula castor
     * 2 biji telur
     * 1 / 3 cawan minyak      

     * 1 1 / 3 cawan tepung gandum
     * 1 sudu kecil esen vanila
     * 1 / 4 sudu kecil garam

Cara-Cara
    1. Panaskan ketuhar ke 276 Celsius
    2. Sapu minyak dalam loyang dan taburkan tepung di dalam loyang 9x13 inci.
    3. Dalam mangkuk besar, gaulkan coklat dan soda bikarbonate.  Tambahkan 1 / 3 cawan minyak dan air yang sangat panas. Kacaukan hingga rata dan pekat.
    4.  Masukkan gula, telur, dan 1 / 3 cawan baki minyak. Gaulkan rata.
    5. Masukkan tepung, vanila, dan garam. Kacaukan hingga semua tepung serap.
    6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.

    7. Bakarkan selama 35 hingga 40 minit, atau hingga tusuk gigi dimasukkan keluar bersih. Biarkan sejuk sebelum potong.

Baca lebih lanjut: http://baking.food.com/recipe/fudgy-brownies-from-scratch-382771 # ixzz1IXAtLT2P

Lepas tu, saya meleleh "marshmallows" di atas brownie untuk 3-5 minit sehingga berwarna coklat sedikit.  Kemudian, berderai dan menabur "Oreo cookie" di atas marshmallow dan tekan oreo dalam marshmallow sedikit.

**Ketuhar saya kecit, jadi saya potong resipi ini dan guna tapis ("pai pan") dan bakar untuk 25 minit.



 

Tuesday, March 29, 2011

Baru Pindah

Saya ada hidup baru.   
Gaya hidup baru.   
Rutin baru.   
Sekarang saya suri rumah! 

Baru satu bulan lepas, saya habis kerja kat KL dan pindah ke Perak sebab suami saya dapat kerja baru.  Untuk tiga tahun, saya mengajar bahasa inggris kepada pelajar2 dari negara lain kat sekolah antarabangsa.  Saya suka kerja itu, tapi saya rasa saya akan suka menjadi suri rumah lebih daripada pergi tempat kerja hari2.  Sekarang saya ada banyak masa lapang untuk menjelajah aktiviti2 lain... dan akhiranya saya ada tenaga cukup untuk jaga untuk keperluan suami saya.  Ini la menyebabkan saya rasa sangat gembira sebab saya ada suami yang best la!  Saya cinta dia dan rasa amat istimewa duduk rumah dan jaga rumah dan suami saya.