Monday, May 16, 2011

Kek Kopi

Kek ini takde kopi, tetapi orang Amerika bagi nama ini sebab selalu makan ini semasa minum kopi :)

Kek Kopi



Bahan-Bahan

Topping

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (yang lembut)
1 camca teh serbuk kayu manis
1/2 cawan kacang pikan dipotong (tidak wajibkan)


Adunan

1 cawan mentega (yang lembut)
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula castor
2 biji telur
1 ½ camca teh vanila
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
¼ camca teh garam
1/3 cawan “half-and-half” (atau susu dengan 1 camca besar mentega dididih)


Cara-Cara

Panaskan ketuhar ke 261 Celsius.

Buat topping.  Dalam mangkuk sedang, masukkan 1 cawan tepung gandum, 1 cawan gula perang, ½ cawan mentega lembut, dan 1 camca teh serbuk kayu manis.  Kacau rata.  Masukkan ½ cawan kacang pikan yang dipotong.

Buat adunan.  Dalam mangkuk besar, masukkan 1 cawan mentega, ¾ cawan gula perang, dan ½ cawan gula castor kacau dengan mesin pengadun (sampai ringan dan tidak berbintil-bintil).  Tambahkan telur dan vanila dan kacau rata.

Dalam mangkuk lain, masukkan tepung, baking powder, dan garam.  Kemudian, masukkan bahan kering ini ke dalam mangkuk besar tadi sedikit demi sedikit.  Masukkan “half-and-half” dan kacaukan sehingga sebati.

Lapikkan kertas minyak dalam loyang 9x13 inci.

Tuangkan adunan dalam loyang.
Taburkan topping di atas adunan.  Pastikan topping menutupi adunan sepenuhnya.

Bakarkan kek selama 50 minit, atau sehingga semua tepi berwarna coklat muda.  Sejukkan dan potongkan.