Thursday, June 27, 2013

Apple Crisp

I'd show you a picture, tapi dah habis dah kat pondok!

Bahan-Bahan Inti

8 epal (kecil ke medium), dikupas, dibuang biji, dipotong dadu (pelbagai manis dan masam bagus) - 6 cawan lebih kurang
1/3 cawan gula merah
berberapa titik limau
1 sudu besar tepung jagung
1/2+ sudu kecil serbuk kayu manis
secubit (kecil!) garam

Panaskan ketuhar pada suhu 190C dan griskan pan sikit
Kacau semua bahan-bahan inti dalam pan 9x9

Bahan-Bahan Topping

1/3+ cawan gula merah
1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan "old fashioned rolled oats"
1/4 cawan tepung badam (kalau tidak ada, boleh ganti dgn rolled oats lagi)
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
secubit (kecil!) garam
1/3 cawan mentenga cair

(*kalau u suka banyak topping, buat "double" lah!  Saya selalu buat double topping.)

Dalam mangkuk lain, kacau rata semua bahan topping (nak semua "basah"(?) dari mentenga)
Letakkan semua bahan topping di atas epal-epal
Bakar 45-60 minit sampai topping dah browned dan epal dah lembut