Thursday, September 17, 2015

Anak Patung

Sudah setahun lebih anak saya suka bermain dengan anak patung, terutamanya Sophia the First. Untuk hari jadi dia (tiga hari lepas), kami tambahkan Rapunzel kepada koleksi dia. Kami beli dia istana kecil dan pelbagai aksesori permainan. Bila saya budak kecil, saya tomboy yang suka main sukan saje... Memang saya tiada kesabaran duduk dan membuat anak patung bercakap. Tetapi sekarangi ni saya terpaksa belajar macam mana jumpa keseronokan bila main patung dengan anak saya. Belum sampai... Tetapi memang saya nak berkomunikasi sayang kepada anak saya. Jadi untuk sekarang, kesayangan ialah layan dia keperluannya untuk seorang rakan sepermainan dan cuba buat dengan kegembiraan betul.