Bahan-Bahan
2 ¾ cawan tepung
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil garam
1 cawan mentega lembut
¾ cawan gula
¾ cawan gula merah
1 sudu kecil ekstrakt vanili
2 biji telur
3 cawan chocolate chips (chocolate chip yang lagi mahal yang
chocolate chip yang lagi sedap!)
Cara-Cara
1. Dalam mangkuk besar, campurkan 3 bahan pertama dan kacau
rata.
2. Dalam mangkuk lain, campurkan bahan2 lain dan kacau rata. Kemudian, masukkan bahan-bahan ini dengan
bahan-bahan kering tadi dan kacau rata.
3. Masukkan chocolate chips dan kacau sehingga dicampur je.
4. Ambil adunan/ 1 sudu besar dan dibulat2kan. Letakkan bulat2 adunan di atas dulung
pembakar setiap dua inci.
5. Bakar suhu 176C 8-10 minit sehingga biskut nampak emas di
sekitar tepi, tetapi masih lembut di tengah-tengah.
6. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk pada dulung
pembakar 1 hingga 2 minit. Memindahkan ke
rak dawai dan biarkan sejuk sepenuhnya.