Kek Coklat - Tanpa Susu dan Telur
* 1.5 cawan tepung gandum
* 1 cawan gula castor
* 1/3 cawan serbuk coklat (Van Houten atau Hershey paling sedap)
* 1/3 cawan minyak
* 1 cawan air (suhu biasa, tak panas)
* 1 camca teh soda bikarbonate
* 1/8 camca teh garam
* 1 camca besar esen vanili
1. Gaulkan semua bahan. Pukul hingga kembang.
2. Sapukan loyang dengan sedikit mentega. Masukkan adunan dan bakar.
3. Bakarkan 175 C . Loyang 8x8 25-30 minit. Loyang 8x4 35-40 minit.
Kek ini sangat lembap... tak boleh makan hanya sepotong kek ini!